Jumaat, 2 Disember 2016

Bengkak susu dan cara atasinya...

Bengkak susu?? herm.. sakit mendengarnya, apa lagi menanggungnya... okeh, sebenarnya bengkak susu adalah tanda positif yang payu dara menghasilkan susu untuk bayi. Biasanya bengkak ini akan terjadi pada waktu tengah malam hingga subuh. Namun ada juga yang terjadi pada waktu siang (mungkin kerana, tidak menyusukan bayi dengan secukupnya, atau terlupa  / melengahkan waktu mengepam susu.. Bagi ibu yang bekerja, amalan mengepam susu seharusnya membantu mengurangkan bengkak susu.. 



Biasanya jika bengkak susu sudah terjadi, mengepam payu dara bukanlah satu idea yang baik. Kenapa?? kerana waktu itu, payu dara sudah mengeras dan kita akan cepat rasa sakit jika tersentuh.. Malah saluran susu seakan tersumbat, susu tidak akan keluar dengan banyak. Oleh itu ada beberapa cara lain yang lebih sesuai untuk mengurangkan bengkak susu ini. (cara yang paling baik adalah melalui hisapan langsung daripada bayi). 

Selain daripada hisapan secara langsung daripada bayi. apa kata jika kita cuba beberapa tip dan petua untuk kurangkan bengkak susu ini : Saya sertakan 10 tip dan petua yang sama-sama kita boleh cuba.. Insyallah, dapat membantu :D

  • Bra sokongan : Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat ya.. 
  • Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir.. pastikan seimbang yea..
  • Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..
  • Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, boleh.. saya selalu juga tuam / mandi air suam kita saya alami bengkak susu.. 
  • Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri
  • Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten..
  • Gunakan sikat.. ye sikat rambut.. ya sikat rambut.. hehehe.. betul ni, bukan lawak-lawak tau.. Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula..

  • Daun kubis pun boleh membantu.. ambik kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu.. daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.. tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu.. ia boleh sebabkan SUSU kita menjadi KERING..
 
  • Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk.. ambik kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. sapu sekeliling sahaja ye, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh
  • Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau.. banyak khasiat daun sirih ni..ambil daun sirih, layur pada permukaan panas, macam kita layurkan daun pisang tu.. opps lupa pula, sapukan minyak zaitun pada daun sirih sebelum dilayur.. apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak tu... ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak..
 

Akhir sekali, jika sudah tidak tertahan sakitnya, teruslah berjumpa doktor.. kalau nak tahu, ada juga bengkak yang sampai tahap perlu dibedah untuk mengeluarkan susu yang berbaki.. ada juga yang terpaksa mengambil ubat untuk menghentikan pengeluaran susu.

Cara lain mengurangkan bengkak susu adalah dengan mengambil supplemen Lecithin. Menurut kata Dr. Jack Newman, “It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.”  

Dos yang dicadangkan adalah 3600-4800mg lecithin sehari atau 1 capsule (1200mg) 3-4 kali sehari. Selepas lebih kurang seminggu dan sakit berkurangan, boleh kurangkan os lecithin diambil.

Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu


  • Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat.
  • Membantu memecahkan  lemak yang berlebihankepada titisan kecil dalam badan ibu. Pengambilan dengan Alfafa shaklee akan membantu anda kurangkan berat badan.
  • Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya anda akan mudah lupa selepas bersalin.
  • Memberikan khasiat lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu. Bagus untuk perkembangan otak

Jadi nasihat saya, mungkin kepada ibu yang baru.. jika terjadinya bengkak susu, jangan dibiarkan yea.. jagalah kesihatan diri.. jika boleh, setkan lah masa untuk mengepam susu.. 

Ibu2 nk order lecithin bleh wasap saya ye

Iza 0197391996
Pengedar shaklee kelantan
Area cod tumpat/pasir mas/tanah merah/kota bharu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan